oleh: Abdul Qodir Al-Busthomi III
HAKIKAT DI BALIK HURUF BAA' (ب) DAN TITIK NOKTAH BAA' ( . )
dalam kalimah BASMALLAH
dikesempatan ini saya yg dhoif lagi jahil ini akan cuba menghuraikan serba sedikit asrar (rahsia rahsia) yg terdapat disebalik HURUF BA' (ب) & TITIK NOKTAH BA' (.) penjelasan ini bukanlah terbit drpd diri saya dan bukan juga drpd ilham yg saya perolehi, tetapi ianya adalah drpd ilham seorang ‘alim lagi sufi besar iaitu Al-‘Arifbillah Al-Imam Asy-Syaikh Abdul Karim Al-Jili Qaddasallahu Sirrahu yg mana beliau telah menumpahkan ilhamnya itu ke dalam kitabnya yg berbahasa arab yg berjudul :
(الكهف والرقيم في شرح بسم الله الرحمن الرحيم)
(boleh beli kitab ini di Maktabah darul bayan” belakang masjid al-azhar)
- beliau berumur sehingga 63 tahun, lahir pada 767 hijri (1365 masihi) dan telah wafat di Yaman pada 732 Hijri (1428 Masihi). di dalam permulaan kitabnya ini dapatlah saya mengambil beberapa point penting utk tatapan kita semua :
1) MENGAPAKAH SETIAP SURAH DI DALAM AL-QURAN DIMULAKAN DGN HURUF BA’ (ب) ??
- perasankah kita bahawa setiap surah Al-Quran telah dimulai oleh ALLAH SWT dgn huruf ba’ (ب) iaitu pada kalimah :
(بسم الله الرحمن الرحيم).
manakala pada Surah At-Taubah juga dimulai dgn huruf ba’ (ب) iaitu pada ayat yg pertama :
( بَرَاءَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى الَّذِينَ عَاهَدْتُمْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ )
- telah diriwayatkan suatu khabar drpd RASULULLAH SAW bahawa baginda telah bersabda :
“segala isi intipati kitab samawi yg diturunkan terkandung di dalam Al-Quran, segala isi intipati Al-Quran pula terkandung di dalam Surah Al-Fatihah, segala isi intipati Surah Al-Fatihah pula terkandung di dalam Bismillahirrahmanirrahim, segala isi intipati بسم الله الرحمن الرحيم terkandung di dalam huruf ba’ (ب) dan segala isi intipati di dalam huruf ba’ (ب) terkandung di dalam titik noktah ba’ (.)”.
(pentahqiq kitab ini mengatakan bahawa tidak diketahui sumber khabar drpd Rasulullah saw ini, tetapi ianya sabit dikalangan para sufi drpd jalan kasyaf dan ianya berlegar dikalangan mereka drpd dahulu hingga kini).
2) TAHUKAH ANDA APAKAH MAKSUD HAKIKAT TITIK NOKTAH BA’ (ب) INI??
- maksud TITIK NOKTAH BA’ (.) adalah isyarat kpd “ZAT ALLAH SWT YANG MAHA SUCI”.
- ketahuilah wahai saudaraku pada hakikatnya TITIK NOKTAH itu pada asal dirinya adalah "tidak berbentuk dgn suatu bentuk pun". asal zat dirinya adalah "ghaib". tetapi apabila dizahirkan drpd alam ghaib ke lisan qalam dan ke alam syahadah (alam nyata yg kita hidup dan kita lihat sekarang) maka bentuknya adalah seperti mana kita lihat iaitu SATU TITIK NOKTAH (.).
(alam syahadah juga disebut sbg alam mulk manakala alam ghaib juga disebut sbg alam malakut).
- ini memberikan isyarat kpd kita bahawa ZAT ALLAH SWT itu adalah TUNGGAL serta GHAIB AL-AHADIYAH. ZAT ALLAH SWT MAHA SUCI serta tidak tasybih (tidak menyerupai) dengan segala makhluk pun. kewujudannya juga tidak berjuzu’-juzu’ dan juga tidak berjisim. maka apabila ALLAH SWT itu ingin MENTAJALLIKAN (menzahirkan) KEKUASAAN NYA lalu DIA mencipta MAKHLUK yg terkandung disebalik makhluk itu rahsia-rahsia KEKUASAAN NYA lalu ALLAH menzahirkan ALAM dan segala ISINYA yg pada hakikatnya semuanya berasal drpd ALLAH SWT YG MAHA ESA.
3) DAPATKAH KITA MEMBACA HURU BA’ (ب) TANPA KEHADIRAN TITIK NOKTAH BA’ (.) ??
- sudah pastilah kita tidak dapat membacanya bukan. ini krn pada hakikatnya SATU TITIK NOKTAH BA’ (.) itulah yg membunyikannya sbg huruf BA’(ب) . kita tidak akan dapat mengenali BA’ (ب) dan tidak akan dapat menyebut BA’ (ب) tanpa kehadiran TITIK NOKTAHNYA itu. pada hakikatnya diri BA’(ب) tiada apa-apa, krn ia bergantung kpd satu titik noktah itu utk mewujudkan dirinya dan hakikatnya kita membaca titik noktah itu.
- gambaran ini memberikan isyarat kpd kita bahawa MAKHLUK itu pada hakikatnya berasal drpd ALLAH SWT. tanpa ALLAH SWT maka SEGALA MAKHLUK itu tidak akan wujud sama sekali dan segala apa yg ada pada makhluk pada hakikatnya adalah drpd ALLAH SWT.
4) APAKAH RAHSIA TITIK NOKTAH (.) ITU TIADA SEBARANG BUNYI JIKA IA BERSENDIRIAN ??
- jika kita menulis di kertas satu titik noktah, apakah kita dapat membaca titik noktah itu dgn sesuatu bunyi?? pasti tidak bukan. ini krn titik noktah itu bukan huruf bahkan ia diluar drpd segala makhraj huruf.
- ini memberikan isyarat kpd kita bahawa ALLAH SWT itu bukan makhluk dan ALLAH SWT itu tidak menyerupai segala makhluk pun. ketunggalan noktah ini memberi maksud bahawa ALLAH SWT itu MAHA ESA dan kewujudannya tidak bergantung dgn selain NYA.
5) APAKAH MAQAM SYUHUD YG WUJUD DISEBALIK KEDUDUKAN NOKTAH PADA HURUF ITU ??
- (1) huruf-huruf yg mana titik noktahnya “DI ATAS” nya (huruf itu berada di bawah noktah itu), seperti huruf : (ت ث خ ذ ز ش ض ظ غ ف ق ) : ini memberi isyarat kpd : maqam syuhud “tiadalah aku melihat sesuatu itu melainkan aku telah melihat ALLAH SWT “SEBELUM” ianya berlaku”.
- (2) huruf-huruf yg mana titik noktahnya “DI BAWAH” nya (huruf itu berada di atas noktah itu), seperti : (ب ج ي) : ini memberi isyarat kpd : maqam syuhud “tiadalah aku melihat sesuatu itu melainkan aku telah melihat ALLAH SWT “SELEPAS” ianya berlaku”.
- (3) huruf-huruf yg mana titik noktahnya “DI DALAM” nya, ianya disebut sbg “النققطة البيضاء” (noktah putih), seperti huruf (و) & (م) : ini memberi isyarat kpd : maqam syuhud “tiadalah aku melihat sesuatu itu melainkan aku telah melihat ALLAH SWT “DI DALAMNYA” (semasa ianya berlaku).
(6) APAKAH MAKSUD KETUNGGALAN HURUF (ب) SEBAGAI (الحروف الظلمانية) DI DALAM AYAT : بسم الله الرحمن الرحيم??
- ketahuilah bahawa HURUF terbahagi kpd 2 jenis :
1) HURUF ZHULMANIYYAH (huruf yg bersifat kegelapan) :
(الحروف الظلمانية) : iaitu : (ب ج د ز ف ش ت ث خ ذ ض ظ غ)
2) HURUF NURANIYYAH (huruf yg bersifat cahaya) :
(الحروف النورانية) : iaitu : (أ ه ح ط ي ك ل م ن س ع ص ق ر)
- perasankah anda bahawa di dalam
بسم الله الرحمن الرحيم
kesemuanya adalah HURUF NURANIYYAH dan hanya huruf (ب) sahaja HURUF ZHULMANIYYAH. cuba anda teliti seketika waktu.
- SUBHANALLAH!! ALLAH SWT telah meletakkan huruf (ب) ini “awal” pada setiap permulaan surah termasuk Surah At-Taubah, huruf ba’ (ب) adalah “baju” bagi “titik noktahnya” (krn baju pastilah di atas), oleh itu baju ba’ itu adalah zhulmah (kegelapan) yg menghijab nur (cahaya) noktahnya itu. begitulah awal hijab diantara dirimu dan ZAT ALLAH SWT adalah “kegelapan kewujudanmu” iaitu kita merasakan kewujudan kita secara mutlak seperti :
- aku ‘alim krn kebijaksanaan aku.
- aku kaya krn usahaku sendiri.
- aku berjaya di dalam imtihan krn aku hebat.
- aku taat krn sememangnya aku seorang yg soleh.
- aku dapat byk melakukan ibadat krn aku rajin.
- aku dapat segala aku mahu krn aku berkemampuan.
- keAKUan inilah dosa syirik khafi krn masih merasa kewujudan dirinya, lalu timbullah takabbur, riya’, ‘ujub dan lain-lain. ini disebabkan dirinya masih lagi terhijab dgn “dirinya sendiri” (hijab yg paling dekat dgn kita adalah hijab dgn diri kita sendiri). dirinya masih lagi belum syuhud kpd “wujud yg hakiki” yg berada disebalik kewujudannya iaitu ALLAH SWT.
7) APAKAH PERINGATAN TITIK NOKTAH BA’ (.) kpd HURUF YANG LAIN ??
- pada hakikatnya segala huruf berasal drpd titik-titik noktah, begitu juga huruf-huruf yg bernoktah dua dan tiga seperti huruf ta’ (ت) dan tsa (ث).
- ianya memberikan suatu isyarat drpd ALLAH SWT kpd kita dan sekalian makhluk bahawa :
“janganlah kamu semua SYIRIK kpd KU, krn kewujudanmu itu pada asalnya adalah drpd diri KU dan janganlah kamu tertipu dgn pandangan zahirmu, kerana disebalikmu ada AKU”.
- inilah sebahagian drpd pandangan dan ilham yg dikurniakan oleh ALLAH SWT kpd Al-‘Arifbillah Al-Imam Asy-Syeikh Abdul Karim Al-Jili Qaddasallahu Sirrahu yg sempat saya type di sini. sesungguhnya para ‘arifin melihat sesuatu itu bukanlah hanya dgn pandangan zahir, tetapi dgn pandangan batin melalui kasyaf serta futuhaat yg dikurniakan ALLAH SWT kpd mereka krn kuatnya mereka berpegang dgn SYARIAT ALLAH SWT dan KESIDDIQAN mereka kpd NYA.
begitulah serba sedikit penerangan yg dapat saya kongsikan buat rakan FB sekalian mengenai hakikat HURUF BA’ (ب) dan TITIK NOKTAH BA’ (.). jika ada kesempatan lagi saya akan jelaskan serba sedikit mengenai HURUF ALIF (ا) pula insyaALLAH. imtihan (exam) semakin hampir!! smile emoticon mohon doa semua yer!! smile emoticon moga ini adalah suatu cebisan ilmu yg dapat meningkatkan lagi KEYAKINAN kita kpd ALLAH SWT TUHAN YG MAHA MENGETAHUI segala yg ZAHIR dan segala yang BATIN. wallahu a’lam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar